Dikemaskini : 05 JANUARI 2012

Pengaksesan dan penggunaan laman web Primedic.com.my dan sebarang tempahan melalui Primedic.com.my tertakluk kepada terma dan syarat berikut. Sila baca Terma ("Terma") dan syarat (“Syarat”) dengan berhati-hati. Penggunaan atau pengaksesan laman web Primedic.com.my atau membuat tempahan melalui laman web Primedic.com.my ini menandakan anda menerima Terma dan bersetuju di atas Syarat yang ditetapkan antara anda dan Primedic.com.my ("Perjanjian"). Jika anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat ini, sila hentikan penggunaan laman web Primedic.com.my serta-merta dan jangan membuat sebarang tempahan melalui laman web Primedic.com.my. Primedic.com.my menganggap sebarang tindakan atau penerimaan adalah secara tegas atas persetujuan anda untuk Terma dan Syarat ini.

1. Penerangan Perkhidmatan
Primedic.com.my dikendalikan oleh Primedic Laboratories (001965170-X) ("Primedic.com.my" atau "Kami"). Servis "Primedic.com.my" (atau "Perkhidmatan") meliputi Primedic.com.my halaman web yang memberikan anda kemudahan untuk membuat tempahan produk-produk perubatan yang dihasilkan oleh kami atau syarikat-syarikat lain.


2. Tempahan
Sebarang tempahan adalah tertakluk kepada stok yang ada.

Sebarang tempahan produk yang dibuat melalui Primedic.com.my, perlu sampai kepada anda selewat-lewatnya 28 hari dari tarikh tempahan dibuat. Jika anda tidak menerima produk yang ditempah, maka telah menjadi kewajipan anda untuk menghubungi kami melalui nombor telefon atau email yang boleh didapati di Primedic.com.my. Sebarang kegagalan anda menghubungi kami dalam tempoh 28 hari dari tarikh tempahan dibuat akan memutuskan hak anda untuk menerima pengembalian wang, penggantian produk atau pampasan lain yang difikirkan wajar oleh Primedic Laboratories.


3. Maklumat Tempahan
Anda bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian, kelewatan, sebarang bentuk musibah kepada anda atau orang lain dan sebagainya yang berpunca daripada kegagalan anda memberikan maklumat-maklumat tepat seperti yang diperlukan oleh Primedic Laboratories untuk memproses tempahan dan membuat penghantaran terutamanya alamat penghantaran.


4. Penghantaran Produk Tempahan
Sebaik sahaja produk tempahan anda dihantar ke alamat yang diberikan oleh anda kepada kami maka anda bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemungkinan seperti kehilangan, kecurian, kerosakkan produk tempahan atau kemungkinan pencabulan privasi anda oleh orang lain termasuk juga jika berlaku sebarang kecelakaan, kerugian, kemudaratan, hilang upaya atau sebarang bentuk musibah yang terjadi kepada anda atau orang lain.

Primedic Laboratories berhak melewatkan penghantaran atau membatalkan tempahan yang dibuat oleh anda jika kami dihalang atau dilambatkan untuk menjalankan urusan perniagaan kami disebabkan situasi diluar kawalan kami termasuk tindakkan kerajaan, bencana alam, peperangan, rusuhan, huru-hara, kebakaran premis, letupan, wabak penyakit, mogok, kelewatan pembekal dan lain-lain. Jika peristiwa tersebut mengambil masa melebihi 14 hari maka anda berhak untuk membatalkan tempahan dengan memaklumkan kepada kami secara bertulis. Jika kami membatalkan tempahan anda maka kami akan mengaturkan pengembalian wang anda.


5. Pembuangan/Pelupusan Produk Yang Telah Digunakan
Semua produk yang dibeli daripada kami yang bersifat sekali guna sahaja, perlu dilupuskan/dibuang dengan selamat setelah digunakan. Pembeli bertanggungjawab sepenuhnya jika cara pelupusan/pembuangan yang tidak selamat sehingga mencederakan, memudaratkan, merugikan pembeli tersebut atau orang lain. Cara-cara pelupusan/pembuangan yang ditulis di laman web Primedic.com.my atau diberitahu oleh pekerja-pekerja Primedic Laboratories melalui telefon, email, sms atau dalam sebarang bentuk hanyalah cadangan sahaja dan ia tidak boleh dianggap sama sekali sebagai cara yang telah ditetapkan oleh kami atau pengeluar produk tersebut.


6. Liabiliti & Penafian
Primedic Laboratories dengan ini mengistiharkan dengan jelas bahawa Primedic Laboratories tidak bertanggungjawab dalam apa jua bentuk sekalipun jika berlaku sebarang kecederaan, kerugian, hilang upaya, kerosakkan, luka, kecacatan, sebarang bentuk mudarat dan sebagainya yang mungkin berlaku keatas diri anda atau orang lain akibat penggunaan produk yang dibeli daripada kami yang berpunca daripada kecuaian anda termasuk juga kecuaian anda tidak mengikut langkah-langkah penggunaan dan pengurusan seperti yang ditetapkan di laman web Primedic.com.my atau kecuaian anda tidak mengikut nasihat dan cadangan pekerja-pekerja Primedic Laboratories yang diberikan melalui telefon, email, sms atau dalam sebarang bentuk. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala musibah, kemalangan atau kecelakaan yang berpunca daripada kecuaian dan tindakan anda termasuk kesan ketidakpekaan anda terhadap keselamatan diri sendiri atau orang lain.

Segala produk yang dijual di Primedic.com.my telah dipastikan kualitinya dan keupayaannya memberikan keputusan seperti yang diinginkan namun kami tidak bertanggungjawab dalam apa bentuk sekalipun jika berlaku sesuatu ke atas produk yang ditempah seperti kerosakkan, kecacatan penghasilan dan sebagainya yang boleh mengganggu keputusan, malah kami juga tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang bentuk kerugian, kecederaan, musibah lain yang berpunca disebabkan penggunaan atau disebabkan keputusan yang tidak tepat itu.

Primedic Laboratories menjual produk-produk perubatan yang dihasilkan oleh kami dan syarikat-syarikat lain. Bagi produk-produk yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat lain, kami hanya bertindak sebagai pengedar sahaja iaitu tidak terlibat dalam penghasilan produk tersebut. Jadi kami tidak mempunyai sebarang kuasa ke atas produk tersebut. Namun kami telah memastikan dengan teliti sebarang produk yang dijual melalui Primedic.com.my adalah berkualiti, selamat, tidak membawa kemudaratan dan boleh membawa keputusan seperti yang dikatakan. Oleh itu, kami tidak bertanggungjawab sama sekali jika berlaku sebarang kerugian, kemudaratan, kerosakkan, kehilangan dan sebagainya akibat penggunaan produk yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat lain yang dibeli melalui Primedic.com.my.

Kami tidak bertanggungjawab jika gaya tulisan kami di laman web Primedic.com.my memberi gambaran yang berbeza kepada anda daripada apa sebenarnya yang cuba kami sampaikan, termasuk juga dalam sebarang bahan promosi kami.


7. Pembeli Antarabangsa
Perkhidmatan Primedic.com.my yang dikendalikan dan diurus oleh Primedic Laboratories dari pejabatnya di Malaysia. Kami tidak menerima sebarang tempahan daripada kawasan luar Malaysia. Anda bertanggungjawab untuk mematuhi semua undang-undang tempatan di kawasan anda berada jika melayari laman web Primedic.com.my daripada kawasan luar Malaysia.


8. Harta Intelek
Semua teks, grafik, logo, butang ikon, gambar, video dan sebagainya yang digunakan di Primedic.com.my adalah milik Primedic Laboratories dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta Malaysia dan antarabangsa kecuali jika diberitahu sebaliknya. Anda bersetuju untuk mematuhi semua pernyataan hak cipta atau sekatan lain yang terkandung dalam kandungan tersebut.


9. Laman Web Pihak Ketiga
Primedic.com.my mungkin mengandungi link-link ke laman web–laman web lain di internet. Link-link ini disediakan hanya untuk keselesaan anda. Sebarang penggunaan laman web–laman web tersebut diatas risiko anda sendiri. Laman web–laman web tersebut tidak tunduk pada Dasar Privasi termasuk Terma & Syarat kami. Anda harus memastikan bahawa anda puas hati dengan terma dan syarat dan dasar privasi pada laman web-laman web tersebut sebelum anda menggunakannya.


10. Perkhidmatan Berterusan
Pihak kami berhak menghentikan sementara perkhidmatan di Primedic.com.my kerana kehabisan stok atau kerana apa-apa sebab yang wajar dengan atau tanpa notis.


11. Jaminan
PRIMEDIC.COM.MY DAN SEMUA KANDUNGAN PERKHIDMATAN INI DIBEKALKAN "SEBAGAIMANA ADANYA" DAN "SEBAGAIMANA TERDAPAT". PRIMEDIC.COM.MY DENGAN JELAS MENYANGKAL SEMUA JAMINAN SAMA SEKALI BAIK NYATA ATAU TERSIRAT TERMASUK TANPA HAD, JAMINAN TERSIRAT MENGENAI KEADAAN YANG DIPERDAGANGKAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, DAN SEBAGAINYA.
Meskipun demikian, PRIMEDIC.COM.MY BAIK ATAU SYARIKAT AFILIASI, EJEN ATAU PEMBERI LESEN, MEMBUAT JAMINAN BAHAWA (A) PRIMEDIC.COM.MY DALAM PERKHIDMATAN INI AKAN MEMENUHI KEHENDAK ANDA SEDAYA MAMPU KAMI, (B) PRIMEDIC.COM.MY MENJAGA PRIVASI PELANGGAN SEDAYA MAMPU KAMI, ATAU (C) KUALITI SEMUA PRODUK, PERKHIDMATAN, MAKLUMAT, ATAU BAHAN LAIN YANG DIBELI ATAU DIPEROLEHI OLEH ANDA MELALUI PERKHIDMATAN PRIMEDIC.COM.MY INI.

TIDAK ADA NASIHAT ATAU MAKLUMAT, BAIK LISAN ATAU BERTULIS, YANG ANDA PEROLEHI DARI PRIMEDIC.COM.MY ATAU MELALUI ATAU DARIPADA PERKHIDMATAN, YANG DAPAT DIJADIKAN PRIMEDIC.COM.MY APAPUN WARANTI YANG TIDAK DINYATAKAN DENGAN JELAS DI DALAM TERMA & SYARAT INI.


12. Notis Perubahan
Kami berhak untuk melakukan perubahan pada Terma & Syarat ini mengikut keperluan pada bila-bila masa . Setiap perubahan akan diterbitkan di laman ini jadi anda sentiasa menyedarinya. Penggunaan Primedic.com.my dan penggunaan Primedic.com.my yang berterusan menunjukkan penerimaan dan persetujuan anda terhadap segala perubahan ini.