Dikemaskini : 05 JANUARI 2012

Kami di Primedic Laboratories menghormati privasi semua pengguna Primedic.com.my, jadi semua maklumat yang kami perolehi akan dijaga kerahsiaannya dengan baik. Kami menghormati hak anda untuk mendapatkan privasi.


Maklumat yang dikumpul
Apabila anda menggunakan Primedic.com.my, terdapat beberapa jenis maklumat yang akan dikumpulkan untuk beberapa tujuan. Antara maklumat yang kami kumpul ialah:

  1. Maklumat yang anda berikan semasa anda membuat tempahan iaitu seperti nama, nombor telefon, alamat penghantaran dan maklumat pembayaran.
  2. Maklumat lawatan anda ke Primedic.com.my dan IP Address (Alamat IP).

Kami tidak akan menyewakan atau menjual maklumat-maklumat yang diberikan kepada kami kepada mana-mana pihak.

Selain itu jika anda membuat bayaran melalui NBePay, maka pihak NBePay iaitu Netbuilder (M) Sdn Bhd akan meminta anda memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk memperoses pembayaran yang dibuat menggunakan kad kredit atau pilihan pembayaran yang lain. Kami tidak menyimpan butiran kad kredit pelanggan.


Penggunaan maklumat yang diberikan oleh anda
Maklumat yang anda berikan, diperlukan untuk tujuan berikut:

  1. Bagi membolehkan kami untuk memproses tempahan anda dan menghubungi anda jika ada sebarang masalah.
  2. Bagi memastikan kami dapat menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan yang terbaik.


Dengan menggunakan Primedic.com.my, anda menunjukkan persetujuan anda dengan Dasar Privasi Primedic Laboratories ini. Jika anda tidak bersetuju dengan dasar ini, sila hentikan penggunaan Primedic.com.my dengan serta-merta. Kami berhak untuk melakukan perubahan pada Dasar Privasi ini pada bila-bila masa jika difikirkan perlu. Setiap perubahan dasar ini akan diterbitkan di Primedic.com.my jadi anda sentiasa menyedarinya. Penggunaan Primedic.com.my yang berterusan menunjukkan penerimaan anda terhadap semua perubahan ini.

Notis privasi ini mendedahkan amalan privasi yang dipraktikkan oleh Primedic Laboratories. Jika anda merasa bahawa kami tidak mematuhi Dasar Privasi ini, anda perlu menghubungi kami melalui e-mail di admin@primedic.com.my