Apa itu HIV (Human Immunodeficiency Virus) ?
HIV adalah virus yang memusnahkan sistem
ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Terdapat 2 jenis virus HIV iaitu HIV-1 dan
HIV-2. HIV-1 merupakan
jangkitan yang sangat berbahaya kepada orang
ramai manakala HIV-2 pula tidak begitu berbahaya. HIV menyerang
Sistem daya tahan badan, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya
melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang
disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil
positif HIV tetapi tidak semestinya dia
menghadapi AIDS kerana AIDS adalah peringkat
terakhir jangkitan HIV.
| |
|
|
| |
* |
Sistem daya tahan badan
adalah mekanisma badan yang terdiri
daripada sel darah putih. Dalam keadaan
normal, sel-sel ini membantu tubuh
melawan jangkitan kuman dan penyakit
yang disebabkan oleh virus dan bakteria. Apabila HIV telah
menyerang badan seseorang, sel-sel ini
tidak lagi mampu melaksanakan
tanggungjawab mereka kerana telah
dimusnahkan secara perlahan-lahan oleh
HIV. Ini bermaksud bahawa HIV akan turut
memusnahkan keupayaan tubuh badan untuk
melawan penyakit. |
| |
|
|
| |
* |
AIDS (Acquired Immune
Deficiency Syndrome - Sindrom Kurang
Daya Tahan Melawan Penyakit)
AIDS bukanlah satu penyakit yang
tersendiri. AIDS merujuk kepada kumpulan
penyakit-penyakit yang dihidapi oleh
orang-orang yang positif HIV. Dengan
lumpuhnya keupayaan tubuh, mereka yang
dijangkiti HIV lebih mudah terdedah
kepada pelbagai jenis kuman termasuklah
yang tidak membahayakan manusia normal.
Di antara penyakit-penyakit ini
termasuklah jangkitan-jangkitan
oportunistik (iaitu yang mengambil
kesempatan) seperti radang paru-paru,
batuk kering, thrush (selaput putih pada
lidah dan dalam mulut), beberapa jenis
barah dan beberapa jenis penyakit kulit
seperti kayap.
AIDS merupakan peringkat lanjutan bagi
jangkitan HIV. Perkembangan penyakit ini
melalui beberapa fasa:
|
Fasa 1: |
Bermula dengan
HIV menjangkiti seseorang
individu. |
| Fasa 2: |
Di mana virus tersebut
membiak tetapi pesakit masih
tidak mempamerkan sebarang
tanda-tanda atau gejala-gejala
yang tertentu. |
| Fasa 3: |
Membiak dan berkembang
membawa kepada kewujudan
beberapa tanda dan gejala yang
memburukkan lagi mekanisme
pertahanan tubuh. |
| Fasa 4: |
Pesakit mula mengalami
penyakit-penyakit yang jarang
berlaku yang digelar ‘infeksi
oportunistik’ seperti
Pneumocystis Carinii Pneumonia
dan kanser termasuk Sarkoma
Kaposi. |
| Fasa 5: |
Pesakit tersebut disahkan
sebagai pesakit AIDS. Di dalam
fasa ini, mekanisme pertahanan
mengalami kemusnahan yang teruk
dan sudah tidak mampu lagi untuk
melawan serangan bakteria, virus
dan kuman-kuman lain. |
|
Bagaimanakah HIV boleh dijangkiti?
HIV boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut:
- Melalui perhubungan seks tidak selamat
dengan mereka yang positif HIV.
- Hubungan seks anal, oral(mulut), dubur,
faraj tanpa perlindungan dengan pasangan
yang dijangkiti.
- Hubungan seks di mana air mazi, air mani
atau darah daripada mereka yang dijangkiti
masuk ke dalam badan orang lain.
- Hubungan seks tanpa menggunakan kondom
lateks jika pasangan positif HIV.
- Perlakuan seks seperti bersentuhan atau
melancap dimana kedua-dua pihak mempunyai
luka atau ruam pada kulit mereka dimana
salah seorang adalah positif HIV.
- Melakukan hubungan seks tidak selamat
dengan pelacur atau pondan atau berbilang
pasangan yang tidak diketahui status
kesihatan mereka (berisiko).
- Melalui perkongsian jarum atau
bahan-bahan suntikan dengan orang yang
dijangkiti.
- Mempunyai pasangan yang mengambil dadah
(berisiko).
- Dari ibu ke anak semasa kehamilan,
kelahiran atau menyusu badan jika si ibu
adalah positif HIV.
Jika anda pernah melakukan salah satu daripada
perkara-perkara di atas maka terdapat
kemungkinan anda telah dijangkiti virus HIV.
Jangan perkecilkan kemungkinan ini kerana virus
HIV membiak dan memusnahkan sistem ketahanan
badan secara senyap-senyap walaupun anda
kelihatan sihat sahaja tanpa sebarang tanda atau
simptom.
HIV hanya boleh dipindahkan apabila bendalir
badan (darah termasuk darah haid, air mazi dan
air mani) daripada individu yang telah
dijangkiti memasuki tubuh individu yang belum
dijangkiti. Darah atau cecair-cecair badan boleh
memasuki salur darah orang lain melalui luka,
kesan lecetan, kudis atau lain-lain cara.
Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan
yang memberi pertolongan cemas patut mengambil
langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung
tangan getah semasa melakukan tugas.
Seks selamat meminimumkan risiko jangkitan,
tetapi tidak menghapuskan jangkitan sama sekali.
Aktiviti seksual akan sentiasa mempunyai risiko
terutama jika salah seorang pasangan adalah
positif HIV. Seks selamat juga boleh mencegah
jangkitan penyakit kelamin yang boleh
meninggikan risiko jangkitan HIV.
Penyakit-penyakit kelamin memudahkan HIV
menjangkiti sel-sel badan.
Bagaimanakah HIV tidak boleh dijangkiti?
HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia.
HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh,
air kencing atau air mata.
HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang
sihat ataupun melalui udara.
HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia
seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air
atau udara.
HIV tidak boleh dijangkiti melalui:
- Pendermaan darah kerana peralatan yang
digunakan untuk mengambil darah tersebut adalah
disteril dan hanya digunakan sekali sahaja.
- Proses pemindahan darah kerana pada masa
sekarang, semua darah yang didermakan di
Malaysia telah disaring untuk mengesan kehadiran
antibodi HIV. Antibodi HIV adalah bahan yang
dihasilkan oleh tubuh mereka yang dijangkiti
sebagai tindak balas terhadap jangkitan virus
HIV.
- Berjabat tangan, berpelukan, bersentuhan,
melancap dan berciuman ringan.
- Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas
awam.
- Berkongsi makanan.
- Menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang
digunakan oleh pesakit HIV kerana virus HIV
tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia.
Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa
akan membunuh virus HIV.
- Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama,
belajar bersama atau berkongsi tempat tidur.
- Bersin, batuk, air peluh atau air kencing.
- Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk)
atau binatang.
- Menjaga seseorang yang positif HIV.
Apakah tanda-tanda atau simptom-simptom
jangkitan HIV?
Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak
menunjukkan sebarang tanda. Sebilangan pesakit
mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 2-6
minggu selepas dijangkiti HIV seperti demam,
selesema, sakit tekak, batuk, sakit otot, sakit
kepala, cirit-birit, bengkak kelenjar limfa,
letih, ruam, sakit sendi atau turun berat badan
tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang
yang lain. Tanda-tanda awal ini boleh sembuh
dalam beberapa hari. Penyakit-penyakit ringan
seperti ini juga mungkin bukan disebabkan HIV
tetapi akibat jangkitan virus yang lain. Oleh
kerana tanda-tanda ini boleh sembuh seperti
biasa, is sering disangka sakit biasa.
Ada juga kesan yang dipanggil asymptomatic,
iaitu tidak menunjukkan apa-apa tanda sama
sekali, yang mungkin mengambil masa beberapa
tahun tanpa diketahui sehinggalah sistem daya
tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut
jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang
berulang-kali. Keadaan ini amat merbahaya kerana
dalam jangka waktu tersebut seseorang yang
positif HIV mungkin akan memindahkan virus yang
terselindung ini kepada orang lain tanpa
disedarinya. Jadi satu-satunya cara untuk
mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian
Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda
telah melakukan aktiviti yang berisiko.
Jangan terlalu yakin jika anda berasa sihat.
Jangkitan HIV tidak menunjukkan tanda sehingga
sistem daya tahan badan anda mulai menjadi lemah.
Anda bernasib baik jika ia tiada dalam tubuh
anda. Tapi mungkin juga virus itu sedang membiak
dan memusnahkan sistem daya tahan badan anda
sedikit demi sedikit. Anda mungkin tidak
merasakannya, sehingga hampir keseluruhan sistem
daya tahan badan anda dimusnahkan. Dan dalam
pada anda tidak menyedari kehadiran HIV itu anda
mungkin telah menjangkiti orang lain.
Pengesahan segera memungkinkan rawatan segera
jika anda disahkan positif HIV. Sebaliknya,
alangkah leganya jika anda disahkan tidak
menghidapinya.
Bagaimanakah caranya untuk mengetahui samada
saya telah dijangkiti?
Satu-satunya cara untuk mengetahui samada anda
telah dijangkiti virus HIV adalah dengan
menjalani Ujian Antibodi HIV.
Ujian Antibodi HIV
Ujian Antibodi HIV ialah ujian darah bagi
mengesan kehadiran antibodi HIV dalam tubuh.
Antibodi ialah sejenis protin yang dihasilkan
oleh tubuh badan bagi melawan anasir-anasir
asing seperti kuman dan virus yang menyerang
sistem badan. Terdapatnya antibodi HIV dalam
darah menunjukkan jangkitan HIV telah berlaku.
Bagaimanapun bagi jangkitan HIV, antibodi HIV
yang dihasilkan ini hanya mampu melawan virus
HIV ini di peringkat awal jangkitan. Bila virus
HIV ini membiak dan menjadi semakin banyak,
antibodi HIV ini menjadi semakin lemah dan tidak
berupaya melawannya.
Mengikut cadangan doktor, ujian HIV ini perlu
dijalankan setelah 3 bulan daripada tarikh
kemungkinan terkena jangkitan, walaupun bagi
sebahagian orang kewujudan antibodi HIV dalam
darah dapat dikesan seawal 2 minggu atau secara
puratanya 25 hari selepas jangkitan. Bagi
sebahagian orang pula antibodi HIV hanya dapat
dikesan dalam darah setelah 3 bulan. Jika
keputusan ujian setelah 3 bulan itu adalah
negatif maka anda perlu membuat satu ujian HIV
lagi setelah 6 bulan daripada tarikh kemungkinan
terkena jangkitan. Ini kerana tubuh mungkin
mengambil masa selama enam bulan untuk
mengeluarkan antibodi HIV secukupnya. Jadi 2
ujian setelah 3 bulan dan setelah 6 bulan mampu
memberikan keputusan yang lebih meyakinkan.
Ujian pertama yang menunjukkan keputusan negatif
iaitu setelah 3 bulan bermakna antibodi HIV
tidak dikesan di dalam contoh darah yang diuji.
Namun ini belum mengesahkan bahawa orang
berkenaan bebas daripada HIV. Ini adalah kerana
terdapat satu tempoh (yang dipanggil “window
period”) dimana antibodi HIV tidak dapat dikesan
didalam darah kerana badan belum menghasilkannya,
walaupun telah terdapat virus HIV yang banyak
dalam darah atau air mani. Waktu antara
jangkitan dengan penghasilan antibodi HIV
dipanggil “Window Period”. Jadi sepatutnya
mereka yang dikesan negatif dalam ujian pertama,
perlu menjalani ujian darah sekali lagi setelah
3 bulan lagi (iaitu setelah 6 bulan daripada
tarikh kemungkinan terkena jangkitan) supaya
status anda dapat ditentukan dengan lebih yakin.
Perlu diingatkan bahawa dalam jangkamasa enam
bulan elakkan aktiviti-aktiviti berisiko tinggi
agar ujian-ujian anda tidak sia-sia.
Keputusan yang positif bermaksud antibodi HIV
telah dikesan dalam darah. Walau bagaimanapun,
ini tidak semestinya bermakna orang itu akan
jatuh sakit dalam masa yang singkat. Seseorang
yang positif HIV perlu mendapatkan kaunseling
dan rawatan yang sempurna untuk mengekalkan
kesihatan dan memanjangkan hayatnya.
Mengapa perlu melakukan ujian HIV awal?
Pengesanan jangkitan HIV yang awal boleh
menyebabkan anda mengambil langkah-langkah yang
sewajarnya untuk melambatkan penyebaran virus
HIV dalam badan dan boleh melangsungkan hidup
lebih lama. Malah anda boleh mengelak daripada
memindahkan virus HIV kepada pasangan kesayangan
anda dan orang lain.
Satu lagi sebab yang sangat penting ialah anda
boleh menentukan sama ada selamat atau tidak
untuk hamil.
Pilihan untuk menjalani Ujian Antibodi HIV
terletak di tangan anda sendiri. Yang pasti,
mengetahui keputusan ujian tak kiralah positif
atau negatif akan lebih mententeramkan jiwa anda
daripada terus gelisah tanpa mengetahui situasi
yang sebenar.
Walaupun keputusan adalah positif, terdapat
rawatan untuk melambatkan penyebaran virus HIV
dalam badan dan anda boleh hidup lebih lama.
Jadi ujian HIV awal sangat-sangat penting.
Penyembuhan penyakit
HIV/AIDS
Masih tiada lagi ubat atau rawatan untuk menyembuhkan
HIV/AIDS. Walaubagaimanapun terdapat ubat dan
rawatan untuk melambatkan proses penyakit
ini.
Info Rawatan:
Rawatan untuk HIV melibatkan pemusnahan kuman
virus tersebut dan merawat simptom yang dialami
oleh pesakit seperti ubat antiretrovirus yang
menyerang dan memusnahkan retrovirus,
termasuklah HIV.
Beberapa tahun kebelakangan ini, para penyelidik
telah mencapai kemajuan besar dalam penghasilan
pelbagai rawatan pilihan AIDS/HIV.
Sejak akhir tahun 1980-an, para profesional
perubatan di Amerika Syarikat telah
menggabungkan ubat antiretroviral ke dalam
rejimen rawatan yang dipreskripsikan kepada
pesakit yang dijangkiti.
Kombinasi tiga atau lebih ubat antiretroviral
yang biasanya dipanggil ‘dadah koktel’ didapati
berkesan dalam menurunkan paras jangkitan HIV
dalam tubuh individu yang dijangkiti dengan cara
memperlahankan perebakan HIV.
Lain-lain termasuklah perencat protease,
Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NRTI)
dan Non-nucleoside Transcriptase Inhibitors (NNRTI)
serta gabungan ubat-ubatan di atas.
Di samping terapi ubat-ubatan dan kaunseling,
pemakanan yang sihat boleh menyumbang ke arah
kehidupan yang lebih panjang dan sihat untuk
pesakit AIDS.
Makanan berkhasiat membantu pesakit AIDS
mengekalkan kesihatan mereka dengan memberikan
perlindungan daripada komplikasi jangkitan
berkaitan HIV.
Pengambilan makanan berkalori tinggi bersama
protein dan karbohidrat yang cukup, boleh
mempertahankan diri dari kekurangan zat makanan,
malserapan nutrien, penurunan sistem imun dan
susut badan.
Pemakanan yang baik akan membantu mengurangkan
kesan buruk dadah dan juga meningkatkan
kebolehan tubuh untuk menyerap ubat-ubatan
tertentu.
Terdapat bukti yang kukuh mengenai senaman yang
dapat memperbaiki mood dan kualiti hidup
individu positif HIV – menjadikan mereka lebih
kuat, meningkatkan daya ketahanan dan melindungi
mereka daripada infeksi.
Pencegahan AIDS memerlukan disiplin dan kekuatan
diri. Keperluan ini kadang-kadang sukar untuk
dipenuhi tetapi ia berkesan dan mampu
menyelamatkan nyawa.
Pertubuhan atau organisasi
berkaitan HIV/AIDS
Pertubuhan atau organisasi berikut boleh membantu anda.
- Majlis AIDS Malaysia / Malaysian AIDS Council
- Kuala Lumpur AIDS Support Services (KLASS)
- Women and Health Association of Kuala
Lumpur (WAKE)
- Malaysian CARE
- Hospital Kuala Lumpur
|