AHP™ HIV Test Kit (Kit Ujian HIV)

AHP HIV Test Kit

Kit ini membolehkan anda melakukan sendiri ujian HIV tanpa diketahui oleh sesiapa pun. Hanya anda yang mengetahui keputusan tersebut. Privasi dan rahsia anda terpelihara sempurna. Malah harga test kit ini jauh lebih berpatutan berbanding membuat ujian di tempat lain. Jangan terkejut jika ada klinik swasta yang mengenakan bayaran sehingga RM100 atau lebih untuk sekali ujian. Harga tersebut adalah sangat mahal.

 

APA ITU HIV

Untuk membaca maklumat dan melihat video lengkap tentang HIV, sila klik disni

 

MAKLUMAT TEST KIT

♦ Kurang 5 minit untuk membaca keputusan (keputusan ujian melalui klinik mengambil masa sehingga 3 hari berkerja
♦ Kit ujian yang sama seperti yang digunakan di hospital-hospital kerajaan dan swasta di Malaysia
♦ Accuracy (ketepatan): 99.9%
♦ Sensitivity (kepekaan): 99.9%
♦ Specificity (pengkhususan): 99.9%
♦ Boleh mengesan Antibodi HIV 1&2
4th Generation
♦ Telah dinilai oleh IMR & GeneFlux
♦ Langkah penggunaan mudah
♦ Keputusan ujian senang dibaca

 

LAPORAN PENILAIAN

Berikut ialah laporan penilaian oleh Institute for Medical Research Malaysia (IMR) iaitu Institut Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, terhadap test kit ini. Dalam laporan tersebut, mereka menyatakan bahawa ketepatan ujian test kit ini ialah melebihi 99.9%.

0001-imr-page-1    0001-imr-page-2

Test kit ini juga telah dihantar untuk dibuat penilaian oleh sebuah makmal bebas yang mempunyai status BioNexus di Puchong Selangor. Hasilnya, mereka juga menyatakan bahawa ketepatan ujian test kit ini ialah melebihi 99.9%. Berikut ialah laporan penilaian mereka:

0001-makmal-bebas-page-1    0001-makmal-bebas-page-2

Jadi sangat jelas bahawa tiada keraguan tentang ketepatan test kit ini. Penilaian oleh IMR dan GeneFlux adalah meyakinkan.

 

ULASAN PAKAR

Dr Prashant G Bagali dalam artikelnya yang menerangkan situasi HIV di Malaysia turut menulis mengenai AHP™ HIV Test Kit kerana ketepatan atau accuracy ujian yang meyakinkan. Katanya:

AHP kit has very high diagnostic accuracy with high precision and reproducibility.

0001-bio-spectrum

 

KUALITI PEMBUATAN

Kit ujian HIV ini dihasilkan oleh sebuah syarikat bio-teknologi Malaysia dimana mereka mempunyai kilang dan makmal penyelidikan sendiri yang membolehkan mereka menghasilkan kit ujian yang berkualiti dengan tahap ketepatan yang tinggi. Sebahagian besar kit ujian HIV yang dihasilkan oleh mereka ini diedarkan ke hospital-hospital kerajaan dan swasta di Malaysia. Kami di Primedic Laboratories telah berkerjasama dengan mereka untuk membawakan kit ujian HIV yang diedarkan ke hospital ini, kepada pengguna biasa seperti anda. Jadi anda mendapat kit ujian HIV sama seperti yang digunakan di hospital-hospital kerajaan dan swasta di Malaysia.

 

Test kit ini dihasilkan dan dikilangkan mengikut standart GMP & ISO 13485:2003.

 

0001-certification-and-lab

 

CARA MENGGUNA

0001-1set-contains

Satu Set AHP™ HIV Test Kit mengandungi:

(1) Alcohol Swab (Pengelap Beralkohol)

(2) Cassette

(3) Diluent (Pencair)

(4) Micro Pipette (Penyedut)

(5) Auto Lancet (Jarum Automatik)

(6) Silicon Gel (Agen Pengering) – abaikan

 

 

Sila ikut langkah-langkah berikut:

0001-cg-1   0001-cg-2   0001-cg-3   0001-cg-4   0001-cg-5   0001-cg-6   0001-cg-7   0001-cg-8   0001-cg-9   0001-cg-10   0001-cg-11   0001-cg-12   0001-cg-13

 

PENTING:

Setiap langkah-langkah yang diterangkan perlu diikuti dengan betul.

Jika keputusan ujian adalah negatif maka anda perlu menjalani ujian darah sekali lagi setelah 3 bulan lagi (iaitu setelah 6 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan). Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor jika anda masih tidak yakin dengan status anda, setelah anda menjalani ujian kedua tersebut.

Jika keputusan ujian adalah positif maka sila jumpa doktor dengan segera untuk menjalani ujian pengesahan yang lebih khusus iaitu Western Blot, PCR atau lain-lain.

Paket ujian yang telah dibuka perlu digunakan segera.

Satu set kit ujian hanya untuk sekali guna sahaja dan semua benda yang telah digunakan perlu dibuang atau dilupuskan dengan selamat supaya ia tidak membawa mudarat kepada orang lain terutamanya kepada kanak-kanak. Anda bertanggungjawab sepenuhnya jika cara pelupusan/pembuangan yang tidak selamat sehingga mencederakan, memudaratkan, merugikan anda atau orang lain.

Cadangan pelupusan/pembuangan: Sila masukkan semula semua benda yang telah digunakan, ke dalam paket bungkusan putih dan kepilkan. Seterusnya masukan-nya ke dalam sampul kuning dan kepilkan. Balut sampul tersebut menggunakan surat khabar lama. Buang bungkusan tersebut ke dalam tong sampah besar. Pastikan bungkusan tersebut tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak dan orang lain. Anda juga boleh menanam bungkusan tersebut dikawasan yang diyakini tidak digunakan orang.

 

SOALAN-SOALAN YANG SERING DITANYA

Cara tempahan saya dibungkus oleh pihak Primedic Laboratories

0001-packing

Demi memastikan kit ujian ini sampai kepada anda dalam keadaan baik, kami akan memasukkan kit ini dalam sampul yang dilengkapi dengan lapisan pelindung seperti dalam gambar diatas. Seterusnya, satu pelekat khas yang bertanda amaran seperti dibawah, akan dilekatkan pada ruang buka sampul itu untuk menghalang orang lain daripada membukanya.

0001-pelekat-khas

Sampul yang dilekatkan dengan pelekat khas itu, akan dimasukkan ke dalam plastik pembungkus Poslaju untuk melindungi kiriman ini daripada hujan dan sebagainya.

Kami cukup teliti dalam menguruskan tempahan anda.

 

Bagaimana privasi saya dijaga jika saya membuat tempahan?

Anda jangan risau kerana kami mengambil langkah-langkah yang sepatutnya supaya privasi anda dapat dijaga. Antara yang kami lakukan ialah:

  • Sebarang maklumat yang anda berikan kepada kami seperti nama, nombor telefon, alamat penghantaran, maklumat pembayaran dan sebagainya hanya digunakan untuk memproses tempahan dan menghubungi anda jika ada sebarang masalah. Semua maklumat tersebut tidak akan dikongsi atau dijual kepada mana-mana pihak.
  • Penyata kad kredit anda akan menunjukkan “PL PAYPAL”.
  • Kami menjaga privasi anda pada slip Poslaju. Kami tidak menulis sebarang perkataan pun yang boleh menggambarkan isi kandungan kiriman. Maklumat Pengirim, kami menulis nama, alamat dan nombor telefon syarikat kami yang lain yang menguruskan urusan pemasaran dan bukan nama, alamat, nombor telefon  Primedic Laboratories. Sesiapa yang melihat slip ini tidak mengetahui bahawa ia adalah daripada Primedic Laboratories. Maklumat Penerima, kami menulis nama anda, alamat anda dan nombor telefon anda sahaja.

 

Apa yang perlu saya lakukan jika hasil ujian didapati positif?

Sila jumpa doktor dengan segera untuk menjalani ujian pengesahan yang lebih khusus iaitu Western Blot, PCR atau lain-lain.

Sekiranya anda telah disahkan positif HIV, anda mungkin akan merasa takut dan keliru. Berhadapan dengan HIV atau AIDS bukanlah sesuatu yang mudah dan anda tidak perlu menempuhnya bersendirian. Terdapat banyak organisasi di seluruh Malaysia yang menyediakan sokongan dan menawarkan kaunseling sulit secara percuma. Mereka akan bantu anda sedaya-upaya mereka. Untuk keterangan lanjut mengenai organisasi-organisasi ini, sila hubungi Majlis AIDS Malaysia / Malaysian AIDS Council.

Rawatan juga boleh didapati di seluruh Malaysia. Mereka yang positif HIV boleh melangsungkan hidup lebih lama jika mendapat kaunseling dan rawatan yang sempurna.

 

MAKLUMAT PENTING

Menjalani ujian awal adalah sangat penting bagi memastikan anda mendapat rawatan awal jika dikenalpsti positif HIV.

Bagi wanita/isteri, awas mungkin pasangan anda adalah punca anda dijangkiti virus HIV !!

Nasihat kami, jalani ujian awal HIV sekarang juga untuk kebaikan anda dan orang tersayang!

0001-berita-dan-last-words

 

HARGA & CARA MEMBUAT TEMPAHAN

Kami hanya menerima tempahan secara online sahaja.

Kos penghantaran adalah percuma.

AHP™ HIV Test Kit
1 Set: RM45
2 Set: RM85
3 Set: RM100

 

line

CARA BAYARAN 1: Online Transfer / ATM Transfer / Bank-in (Kaunter/Mesin)

 

maybank

Primedic Laboratories
564409003924

 

cimb-bank

Primedic Laboratories
8600082109

 

Email: sales@primedic.com.my

Info: Interbank Transfer Diterima

 

Setelah membuat bayaran, sila isi “Borang Maklumat” dibawah berpandukan resit transaksi yang anda terima. Pastikan butir-butir yang diisi adalah tepat dan benar supaya tidak berlaku sebarang kelewatan penghantaran tempahan.

 

button

 

line

CARA BAYARAN 2: Paypal

Pembayaran menggunakan “Kad Kredit” atau “Kad Debit” boleh dibuat melalui Paypal walaupun anda tiada mempunyai akaun Paypal.

paypal

 

line

 

MENGAPA DISARAN MEMBUAT TEMPAHAN 2 SET KIT UJIAN HIV

Satu-satunya cara untuk mengetahui samada anda telah dijangkiti virus HIV adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV. Ujian Antibodi HIV ialah ujian darah bagi mengesan kehadiran antibodi HIV dalam tubuh. Antibodi ialah sejenis protin yang dihasilkan oleh tubuh badan bagi melawan anasir-anasir asing seperti kuman dan virus yang menyerang sistem badan. Terdapatnya antibodi HIV dalam darah menunjukkan jangkitan HIV telah berlaku. Bagaimanapun bagi jangkitan HIV, antibodi HIV yang dihasilkan ini hanya mampu melawan virus HIV ini di peringkat awal jangkitan. Bila virus HIV ini membiak dan menjadi semakin banyak, antibodi HIV ini menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawannya.

Mengikut cadangan doktor, ujian HIV ini perlu dijalankan setelah 3 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan, walaupun bagi sebahagian orang kewujudan antibodi HIV dalam darah dapat dikesan seawal 2 minggu atau secara puratanya 25 hari selepas jangkitan. Bagi sebahagian orang pula antibodi HIV hanya dapat dikesan dalam darah setelah 3 bulan. Jika keputusan ujian setelah 3 bulan itu adalah negatif maka anda perlu membuat satu ujian HIV lagi setelah 6 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan. Ini kerana tubuh mungkin mengambil masa selama enam bulan untuk mengeluarkan antibodi HIV secukupnya. Jadi 2 ujian setelah 3 bulan dan setelah 6 bulan mampu memberikan keputusan yang lebih meyakinkan.

Ujian pertama yang menunjukkan keputusan negatif iaitu setelah 3 bulan bermakna antibodi HIV tidak dikesan di dalam contoh darah yang diuji. Namun ini belum mengesahkan bahawa orang berkenaan bebas daripada HIV. Ini adalah kerana terdapat satu tempoh (yang dipanggil “window period”) dimana antibodi HIV tidak dapat dikesan didalam darah kerana badan belum menghasilkannya, walaupun telah terdapat virus HIV yang banyak dalam darah atau air mani. Waktu antara jangkitan dengan penghasilan antibodi HIV dipanggil “Window Period”. Jadi sepatutnya mereka yang dikesan negatif dalam ujian pertama, perlu menjalani ujian darah sekali lagi setelah 3 bulan lagi (iaitu setelah 6 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan) supaya status anda dapat ditentukan dengan lebih yakin.

Perlu diingatkan bahawa dalam jangkamasa enam bulan elakkan aktiviti-aktiviti berisiko tinggi agar ujian-ujian anda tidak sia-sia.

Keputusan yang positif bermaksud antibodi HIV telah dikesan dalam darah. Walau bagaimanapun, ini tidak semestinya bermakna orang itu akan jatuh sakit dalam masa yang singkat. Seseorang yang positif HIV perlu mendapatkan kaunseling dan rawatan yang sempurna untuk mengekalkan kesihatan dan memanjangkan hayatnya.

Kit ujian HIV ini boleh mengesan kehadiran antibodi HIV 1 & 2 dalam darah dengan ketepatan 99.9%.